Trip ke Pulau Perhentian, Terengganu

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera.

Ehem. Ni bukan gambar google ok. Gambar drpd phone iolss sendiri. kikiki

Hello everybody! So for the last 21.04.2018 till 22.04.2018 saya telah pun ke Pulau Perhentian Kecil, Terengganu. So now nak share sikit la review, tips, budget and itinerary dengan kome semua kot kot ada yang nak kesana kan, sedikit sebanyak post ini boleh dibuat rujukan untuk kome semua. Ok so nak start mana dulu ni?

Ok first of all trip selama 2 hari 1 malam ke Pulau Perhentian ni sebenarnya plan last minute. Jumaat petang plan, sabtu pagi2 buta terus gerak. So jumaat petang tu tah macam mana hati aku ni tiba tiba nak pergi pulau. Search punya search terjumpa blog blog yang pergi pulau perhentian ni dengan bajet ciput je. So aku pun tanya husband, dia pun on.

Pulau Perhentian ni terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Aku memilih pulau Perhentian Kecil sebab banyak blog kata pulau perhentian kecil lebih havoc drpd pulau perhentian besar. Cumanya kalau anda nak bercuti bawa keluarga and ada anak kecil, better pergi Pulau Perhentian Besar sebab Perhentian Kecil macam tak sesuai kalau bawa budak kecik. Sebabnye bersepah mat saleh pakai bikini and tempat dia sosial sikit sebab ada beach party, fireshow dll and yes ada beach bar (yang jual arak/beer) dlm 3-4 kedai macam tu. Kami ok la kan pilih Pulau Perhentian Kecil sebab tak ada bawa budak kecik. Kami laki bini and adik sorang je berumur 17 tahun yg ikut (total 3 org).


Then aku terus book hotel through Agoda. Dapatla rate RM148 untuk 1 malam di area Long Beach. Sebelum book tu kena tengok details dia dulu ya sebab kebanyakan hotel ada provide pakej bilik yang ada aircond or yg guna kipas sahaja. Yang aku book tu hanya ada kipas sahaja. nanti boleh tengok entry aku untuk review hotel tu ok.



So lets start!

DAY 1:

Pada 21.04.2018 jam 2.30am kami bergerak daripada Cheras, Selangor. Yezaaa awal bruh sebab kami bakal menempuh selama 7 jam perjalanan ke Jeti Kuala Besut, Terengganu. 7 jam tu kami siap berhenti makan la kan..ada la dekat 2 ke 3 kali berhenti nak makan, nak poo poo, nak shishi bagai. Jam 9.30am kami sampai di Jeti Kuala Besut, then cari parking berbayar RM10/day (kami bayar total RM20 untuk 2 hari) dengan company Safe Park Holiday Sdn.Bhd. then heli tiket boat return ke Pulau Perhentian dengan company yang sama. Harga asal RM70 tapi kami mintak kurang so dapatla RM60. Then kami terus naik boat and terus ke Pulau Perhentian Kecil area Long Beach. Perjalanan menaiki boat dalam 30-45minit la macam tu. Oh ye bukan boat besar tau, tapi speedboat. Mula mula naik tu memang gayat la wa cakap lu. Boat rasa mcm nak terbalik je hahahha. tapi bila dah lama sikit tu dah steady je rasa.

Board ni betul2 depan pintu masuk company tu. Save Park Holiday Sdn. Bhd.

Entrance sebelum nak naik boat.

WAJIB BAYAR.

Sampai je pulau aku terkesima jap dengan keindahan yang tuhan cipta. Ya Allah cantik gila wei laut dia! Jernih ya amat! Macam air swimming pool jernih dia. Kami terus berjalan sepanjang tepi pantai untuk cari hotel Trivolli tu. Pijak je pasir pantai tu aku rasa dah macam pijak tepung.






Dengan putih dia dengan lembutnya. K jakun jap hahahah. so memang jalan tak pakai selipar pun. then dh jumpa hotel, kami terus checkin( lucky us dapat check in awal). Then lepas drop beg dekat bilik, rehat rehat jap then kami terus cari lunch dekat sekitar pantai. Jumpa la kedai Kak Yah Restaurant ni. K makanan dekat pulau ni mahal gila k. And aku bukan la nak condemn ke apa tapi takyah la duh makan dekat kedai Kak Yah ni. Layan customer pun macam nak tak nak, ambil order daripada jauh,  and bila kita suruh kira pun dia kira dari jauh then tak nak dtg dekat customer ambil duit, last2 laki aku bangun gak pergi bayar. Makan? serious fail. Laki aku order nasi goreng ayam, tapiiiiiii ayam yg ketul2 tu ada la dalam 4-5 ketul je mcm tu but harga RM8 sepinggan. Aku order nasi goreng seafood, sotong 5 ketul kecik harga RM9 dengan nasi goreng dia pun rasa macam goreng dengan garam je. Kau rasa? panas hati tak makan kat situ? time tu mood hilang jap ah.

K habis cerita pasal makanan, tengok time tu jam dah pukul 12pm. Kami pergi cari untuk pakej snorkelling. Untuk pakej snorkelling, kami ambil short trip sebab hari pun dah tengahari. Harga RM40/person siap sekali dengan peralatan snorkelling. Untuk short trip ni ada 3 point iaitu Coral Garden, Shark point & Turtle Point. Tapi bagi aku 3 point tu pun dah ok dah sebab aku ni jenis yang mabuk laut. Kalau amik long trip 6 point memang membazir jela nanti. haha

So first point ke Coral Garden. Cantik gila mashaa Allah! Ikan nemo tu banyak gila oii sampai kaki aku pun digigitnya haha. Tapi tak sakit mana pun macam kena gigit semut api je XD.
Next kami ke Shark point. Misi mencari baby shark doo doo doo doo bermula! Tapi aku tak lama pun snorkelling dekat sini sebab dah penat dah masa tu. Masa tengah berenang otw nak balik boat tu tiba2 aku ternampak ekor baby shark tu lalu bawah aku! yehaaaa!! Finally jumpa pun! Walaupun tak nampak kepala dia sebab dia berenang laju sangat, nampak half body smpai ekor dia pun jadi la kan. Then tiba2 aku mcm seriau sebab aku terfikir kalau ada baby shark, mesti la ada mak pak shark jugak kan. Terus laju2 aku berenang naik boat balik. Third point ke turtle point tapi sad turtle tak mau keluar. Dekat 3 point gak kitorg cari dengan abam boat tu tapi turtle xde. Last2 abang boat bawak kami semua lepak dekat Turtle Beach. Seronok gak lepak kat situ, air jernih yakmat. Nampak macam cetek tapi haaa kau konon taknak pakai life jacket, sekali terjun dalam nakk tak sampai kaki aku nak jejak tanah. haha nasib baik la aku pandai berenang. ecewah.. XD





Dah puas mandi dekat turtle beach tu around 4pm kami balik semula ke long beach. Balik bilik, mandi2 and qada tidur sat. Around 6pm kami keluar semula untuk dinner and tengok apa lagi yang menarik dekat long beach ni. Katanya nightlife sini best.

Ok bila petang2 memang syok gila bersantai kat tepi pantai ni ok. kedai2 makan semua dah dibuka and diorg semua susun kerusi meja untuk makan dekat tepi pantai tu. DPanjang dia daripada kedai makan diorg smpai la dah nak dekat gigi air pantai tu. memang chill gila.

So kitorg pun pilih salah satu kedai untuk isi perut. Like I said before, makanan memang mahal. I means like MAHAL NAMATEY. Telur dadar RM6. Kau rasa? XD


Korang rasa mahal ke murah?


So aku order Nasi Pattaya, Manggo lassi, husband order nasi goreng ayam, air x ingat. Adik aku order nasi goreng apatah nama dia and manggo lassi jugak. So total harga for dinner RM80. Oh btw, korang boleh la kalau nak join BBQ dengan harga RM30 seorang. Tapi BBQ dia lain sikit ye bukan BBQ yg kita rasa nak tambah, boleh tambah..NO. Dia akan hidangkan set BBQ yg korang pilih tu.

SO after dinner kitorg just lepak2 je tepi pantai tu sementara nak tunggu fireshow start pukul 10pm. Lepas tengok fireshow tu kami terus balik bilik, supper burger RM6 seketui then tidur.

FULLHOUSE!



DAY 2:

Actually the day before tu kami decide nak balik naik boat petang 4pm sebab pagi tu nak naik kincir angin and mandi manda lagi. tapi bila fikir balik kami nak balik KL memakan masa 7 jam dan kami pun nak singgah beli keropok lekor dekat kuala terengganu, so kami gerak balik seawal jam 8am pagi tu. Oh btw, untuk boat balik ke Jeti Besut hanya ada 3 waktu sahaja ya iaitu jam 8am, 12pm dan 4pm sahaja. so pagi tu seawal jam 6.30am aku dah bangun, kemas2 and breakfast roti & jem strawberry jap dekat bilik then checkout and terus ke jeti long beach untuk balik ke jeti besut.

Around 9am kami dh berada di Jeti Besut, ambil kereta and terus bergerak ke Kuala Terengganu untuk borong keropok lekor. Kami singgah di Kak Yah Food Industries di Kg. Losong Hj. Su.Selesai membeli kami terus gerak balik ke Cheras semula.



Kak Yah Food Industries

Lebih kurang jam 5pm kami selamat sampai di kediaman kami.

OK now saya nak share itinerary & budget secara ringkasan untuk kami bertiga disana ya.



So hopefully this post boleh membantu korang sedikit sebanyak yang ada plan nak ke Pulau Perhentian.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Tukar Tiket Flight MAS & Air Asia

Trip ke Krabi, Thailand dengan bajet RM738 tanpa berjimat & last minute.

Trip to Pulau Pangkor/Pangkor Island