Trip to Pulau Pangkor/Pangkor Island

Assalamualaikum wbt..

Hey everyone! So korang pernah pergi pangkor? or tengah survey-survey budget untuk ke pangkor? meh saya share..
Alright so kami plan nak buat "short gateaway trip 2D 1N" to Pangkor ni 3 weeks before 12 Aug 2017. Sebab masa ni kaki kami memang kaki dah gatal sangat sangat nak berjalan. Adalah dekat setahun lebih tak berjalan. Last pergi explore dunia ni on April 2016 pi U.K.. So now! nak cerita budget dlu ke atau nak share itinerary dulu? Ok la ok la first saya share budget total untuk kami berdua adalah RM 442.70. Mahal ke murah? Ni pun kami dah berhabis berjimat la ni tauu (oops..but not on foods.hehe) Ok so saya share one by one apa yg sampai or macam mana kami boleh keluarkan total RM442.70 sahaja budget berdua untuk ke Pulau Pangkor.

Day 1 (12.08.2017)

So this is our first day. Kami dah bangun and bersiap2 jam 3.15 pagi lagi.


4.00am -Bertolak drpd Bandar Mahkota Cheras,Selangor.

              Desc : Ok masa ni kami espect perjalanan dalam 4 jam sahaja. But husband ni memang jenis kalau berjalan tak suka pakai jalan ber-tol atau pun highway. Disamping boleh berjimat, boleh juga tengok permandangan kampung-kampung gituuu..But aku pulak tak berapa suka sebab jalan bengkang-bengkok, tapi apa boleh buat sebab husband yang jadi driver kan, so kena dengar cakap drive.kuikui. Tapi dekat sini kami dah boleh jimat duit tol walaupun route dia agak panjang. So untuk minyak kereta husband tuang total RM80 sahaja untuk pergi dan balik and memang ngam2 minyak.

8.45am -Tiba di Tmpt Parking Bertingkat Lumut.

               Desc : Haaaa kalau kira-kira after 4 hours and 45 minutes of driving baru sampai kan? Sebab nya jalan shortcut yang biasa org lalu untuk ke Jeti Lumut tu tutup. So terpaksa kami lalu jalan lama dan jauh untuk sampai ke Jeti Lumut .

Jeti Lumut

Kadar parking adalah RM0.60 sen 1 jam. Total kami bayar masa nak balik tu adalah RM.16.80 untuk parking. Macam ni rupa dia bangunan Parking Bertingkat Lumut.


 Dekat je dengan Jeti dan Stesyen Bas Lumut. So kalau korang nak naik bas pun boleh takdehal. Kami sampai je sana ada sorang pakcik ni approach kami untuk jual tiket jeti ke Pulau Pangkor. Harganya adalah RM14 seorang! Ye dik, dulu RM10 je seorang untuk tiket pergi dan balik. 


And oh ye! tiket tu jangan dibuang ye, kena simpan and tunjukkan masa nak balik semula ke Jeti Lumut nanti. Macam mana kalau terrrrhilang kan? alamatnye awok kena la teerrrrbayar lagi sekali RM14 untuk balik. Haaa kan dah rugi dekat situ. Pakcik yang sama juga ada offer kami sewa motor dengan harga RM30 sehari. Before this aku ada buat "homework" untuk dielakkan ditipu, so rata-rata ramai yg dpt sewa motor dengan harga RM35, so if aku dapat ni dgn harga RM30 sehari dah kira murah, tanpa berfikir panjang aku terus sewa motor dengan abang tu je.

9.00am -Breakfast di hadapan Jeti Lumut

              Desc : Memandang kan tiket kami pada jam 9.45am, jadi kami bersarapan dulu di kedai berhadapan dgn Jeti Lumut tu. Kami order Roti Bakar 3 set, air Milo Ais 1 dan Nes O panas 1 dengan harga total RM9.80.
Ni kedai kami bersarapan di hadapan Jeti Lumut

View depan kedai

 

9.45am -Bertolak dr Jeti Lumut ke Pulau Pangkor

              Desc : So after having our breakfast, kami selfie dulu sebelum naik bot.hehe.. 



View dalam bot. Rasa macam naik bas pulak.hehe

Estimated duration drpd Jeti Lumut ke Jeti Pulau Pangkor
adalah selama 45 minit. Ermn tiada apa pun yang menarik dengan bot tu.haha..oh ye,..bot dari Jeti Lumut ni akan stop 2 tempat tau..First stop dia akan berhenti di Jeti Perkampungan Nelayan Sg.Pinang, korang jangan turun situ! Tunggu lagi 1 stop di Jeti Pulau Pangkor, haaaa baru turun. Jangan tersalah stop ya.

10.30am -Tiba di pulau pangkor, ambil motor sewa dan terus check-in hotel.

                Desc : Ok so ngam ngam 45 minit kami tiba di Jeti Pulau Pangkor. Tanpa berlengah masa lagi, husband terus call abang sewa motor tu. Rupa-rupanya abang sewa motor tu adalah penjaga toilet dekat jeti tu jee! Masa dapat motor tu, make sure break, lampu depan, lampu break and everyhting function well, sebab jalan dekat Pulau Pangkor tu bengkang-bengkok dan berbukit. oh ye helmet jangan lupa ambil sekali! 

Ni adalah motor yang kami sewa. Memang kapcai habis, last2 kami minta tukar motor lain sebab bila naik bukit tu macam tak berapa nak boleh pergi.huhu
Then kami terus check-in ke tempat kami menginap iaitu Pangkor Palm Beach Resort. Aku dah booking chalet ni 2 weeks before kami dtg and ofcourse booking through Booking.Com apps. Kami dapat harga 1 malam hanya RM123 sahaja untuk chalet-room type (ada 1 katil queen & 1 singgle bed). So siapa yg ada "Genius Account" dkt booking.com tu maybe dpt la harga aku or lebih murah. If account biasa dkt booking.com tu mungkin lebih mahal sikit drpd harga tu. So kami letak backpack dalam bilik and rehat-rehat sekejap tegang kan urat belakang ni.

View Chalet kami

Ini dia bilik kami! Bilik No.12

  

View drpd depan hotel.


12.00pm -Snorkelling & Island Hopping

View Pantai Teluk Nipah
                Desc : Kami jalan daripada hotel terus ke Pantai Teluk Nipah (dekat je jalan dalam 2 minit dah sampai) then terus terjumpa abang ni promote2 pakej dekat betul2 depan simpang keluar dr hotel aku.Ok untuk Island Hopping & Snorkelling, aku buat survey dalam blog2 lain majority akan dapat harga RM30-RM45 untuk 2 orang. Abang yang kami tanya pakej snorkelling & island hopping tu bagi RM50 untuk 2 orang, apa lagi mula la sesi tawar menawar so alhamdulillah aku dapat harga RM40 untuk 2 orang pakej Snorkelling & Island Hopping. 

Then kami terus dibawa snorkelling di Pulau Giam. 

  

Pulau ni memang spot untuk snorkelling activity. Tapi masa nak ke pulau tu, kami naik bot kecik,..Ya allah aku punya gayat tu masyaa allah takut seh. Rasa macam nak terbalik bot tu pun ada. So on that time I know that I am not an "Island or Beach" person when travelling. Huhu.

 
 








So kami mula snorkelling dekat Pulau Giam about 40 minutes macam tu, then terus pergi Island Hopping. Time ni aku memang dah mabuk dah naik bot kecik tuu and doa je dalam hati abang tu tak bawak pusing lama lama naik bot. Then bila dah nak sampai Pulau Pangkor semula tu rasa lega gila dekat hati ni rasa nak menjerit "Yeayyyyyy dah sampai darat!!!!" hahahaa.Walaupun macam tu but so far puas hati la snorkelling dkt Pulau Giam tu. Nampak ikan cantik-cantik banyak gilaa!!

2.00pm -Balik ke darat, lunch

              Desc : OK time dah sampai dekat pantai Teluk Nipah tu, aku and husband relax kejap dekat pantai tu. Sementara tunggu aku nak hilangkan rasa mabuk laut tu, husband sempat lagi pergi mandi pantai and layan ombak ombak dekat pantai Nipah tu.

Around 10-15minutes macam tu kami jalan jalan sepanjang jalan Pantai Teluk Nipah untuk cari makan. Kena hati hati and survey dulu sebelum nak makan ye sebab harga makanan dekat sini agak mahal. Tapi alhamdulillah kami jumpa 1 kedai ni jual Nasi Ayam Penyet dengan harga RM5 sahaja 1 pinggan. So kami terus isi perut dekat situ sebab dah lapar gila penat main air tadi. Lunch kami Ayam Penyet 2 set, air Mineral botol besar dengan total harga RM13 sahaja for our lunch.  

Makan dekat deretan kedai di tepi jalan tu je.

                                   



2.30pm -Jalan2 dekat pekan naik motor,pergi kilang satay.

              Desc : So after lunch, kami pi amik motor yg kami parking dekat hotel tu and continue jalan jalan pusing 1 Pulau Pangkor ni. Kecik je rupanya pulau pangkor ni. Antara pantai-pantai yang kami singgah adalah Pantai Puteri Dewi, Pantai Pasir Bogak, Pantai Puteri Dewi, Pantai Teluk Senangin (tempat best nak dating dengan husband.hehehe). 

Jeti Pantai Puteri Dewi
Kami ada singgah juga Kilang Satay Eng Seng. Kilang ni di jual makanan2 berproses macam Sotong kering keping2 yang ada gula tu, satay cucuk kering, ikan masin and so much more! So dekat sini husband beli satay kering sepeket dengan jeruk mangga manis dengan harga total RM5. 

Kilang Satay Eng Seng



Lepas tu kami continue pusing pusing pulau and stop dekat Pantai Teluk Senangin,. agak lama juga kami lepak dekat sini sebab ada hammock untuk bersantai santai bawah pokok tepi pantai. Perghh memang hilang segala tention bekerja dekat bandar yang sibuk dengan traffic tu.

Tenang gila kan? 
Nampak tak aku punya relax macam mana?haha



 Then dalam pukul 4.30 macam tu husband ajak balik bilik jap, nak tidue kejap katanya sebab penat driving pepagi buta tadi.haha ok so kita layan kan aje. Kesian En.Driver ye penat drive dekat 5 jam pagi tadi
6.00pm -Minum petang (makan kerang n lempeng pisang tepi laut)

              Desc : Actually aku pun dok lelapkan mata jugak tadi.hehe tapi aku dah set alarm pukul 5.45pm siap2 untuk continue aktiviti dekat pantai. Yela dah datang jauh jauh tak kan nak tidur je kan dalam bilik. So tepat jam 5.45pm aku kejut husband ajak pergi pantai. Dah basuh muka apa semua, kami terus ke pantai untuk cari Kerang Bakar & Lempeng Pisang yang orang kata makanan mesti cuba bila dah sampai dekat Pulau Pangkor ni.

Tak perlu susah2 jalan nak cari sebab kedai kerang bakar & lempeng pisang ni betul2 tepi jalan and kedai pun sebelah2 je. Jadi aku beli Kerang Bakar 2 mangkuk dengan harga total RM10, dan husband beli lempeng pisang x2 dan pulut panggang udang x2 dengan harga total RM4.60. 

Stall Kerang Bakar

Sebelah kedai kerang tu je kedai Banana Pancake ni.

Air sirap laici RM1.50 secawan. So total harga minum petang kami pada masa itu adalah RM16.10. Yang bestnya korang dapat makan dekat tepi pantai sambil layan bunyi ombak memukul pantai. Chewahhh feeling gitu beb!

Laki aku "eh orang tak sabar nak makan ni dia nak selfie dulu lak =.="

So lepas isi perut, kami mandi pantai teluk nipah tu. Ombak time tu memang cun dengan warna air yang cantik. Petang-petang macam ni memang ramai pelancong yang bermandi manda dekat pantai tu. Memang best mandi pantai time tu sebab air tengah pasang waktu tu. Haaaaa jarang tau aku nak cakap "best mandi pantai" ni..so kalau aku kata best, maknanya betul best la tu,hahahaha.


7.15pm -Dinner di gerai No.7

               Desc : Nak tau bila kami dinner? Right after mandi dekat pantai tadi. Ye dengan basah basah.hehe tapi time tu dah kering sikit la sebab kami pakai baju and seluar jenis kain nylon/jersi gitu, so kain jenis ni cepat kering berbanding baju/seluar kain jenis cotton. Plan sebenarnya nak balik bilik dulu mandi2 siap2..tapi risau ramai orang and risau rasa malas nak keluar bilik lepas dah mandi kang, so kami decide nak dinner terus sementara kedai2 tengah kosong lagi.

Kami dah survey2 kedai, kami nak makan dekat kedai no.8 dengan harga 1 set untuk 2 orang adalah RM60 sahaja. Kalau nak murah lagi, pergi makan dekat kedai No.7, harga 1 set utk 2 orang adalah RM45 je tapi lauk dia sikitlah.. So bagi kami, tambah RM15 je lagi dah dapat lauk l banyak.kan kan? But not bad rasa dia. Sedap juga!


Feeling makan tepi pantai memang syok!

             
Gerai No.7, Zul Corner
Senarai pakej dan harga.


View drpd tempat makan kami.
Cantik kan?

So after dinner tu, kami pun balik bilik untuk mandi dan berehat. Malam tu kami decide nak tidur awal sebab rasa penat dia lain macam.haha,,..So kami tidur awal malam tu untuk mendapatkan rehat secukupnya untuk aktiviti exploring esok. :)


Day 2 (13.08.2017)

8.30am -Breakfast di Kiosk Penjaja berhadapan Coral Bay Resort
              
              Desc : So untuk pagi Day 2 ni kami keluar bilik seawal jam 8.20 pagi macam tu and terus ke area area Pekan Pangkor untuk cari breakfast. Kami jumpa KIosk Penjaja berhadapan dengan Coral Bay Resport banyak yang jual brakfast. 


So pagi tu kami decide nak breakfast dekat situ ja. Kami order Nasi Lemak Telur 1, Roti Bakar 2 set, Nes O panas 1 dan Milo Ais 1 dengan total harga RM12. Ermn bagi kami untuk breakfast macam tu agak mahal juga la. Tapi takpelah dah nasib.hahaha

                

9.00am -Jalan2 di Dutch Ford, Batu Bersurat, Masjid Terapung, Fu Lin Kong Garden.


              Desc : So right after we were having our breakfast, kami terus ke Kota Belanda dimana Kota Belanda ni merupakan salah satu tempat menarik di Pulau Pangkor. Nasib kami baik sebab kami sampai sana awal pagi, so dekat situ memang tak ada orang pun. So kami pun bergambar sakan la dekat Kota Belanda tu.


Dutch Ford, Pangkor






Next kami ke Batu Bersurat, around 300mtr from Dutch Ford tu. And macam tak ada apa sgt utk dilihat dekat Batu Bersurat tu. Kami sekadar stop and snap sekeping dua gambar je dekat situ.




Then kami ke Masjid Terapung di Teluk Gedung atau nama penuh dia Masjid Al Badr Seribu Selawat. Sumpah cantik gila masjid ni! Waktu ni masjid ni belum mula beroperasi lagi sebab masih dalam construction. Luckily us waktu tu kami semua dah boleh masuk masjid untuk tengok dalam masjid tu. Subhanallah, memang tak terkata betapa cantik dan tenang nya masjid tu! Seriously buat setakat ini tu la masjid yang paling cantik aku pernah tengok. Dinding2 sekeliling masjid semua mozek bertulis kan tasbih tasbih dan ayat-ayat suci Al-Quran.
Tambahan pulak masjid tu terapung di atas air laut. Itu yang menjadi kan Masjid tu nampak lagi gah dan menarik.

Masjid Al BAdr Seribu Selawat

Entrance Masjid





Dekat setengah jam juga kami di masjid tu. Then kami ke Fu Lin Kong Garden pula. Fu Lin Komg Temple Garden ni terletak di Sungai Udang, around 7km from Teluk Gedung tadi. Taman cina di sebelah tokong Fu Lin Kong ni boleh tahan cantiknya, siap ada mini Wall of China lagi! 




Tapi kami disini tak lama dalam 15 minit je macam tu and kami terus nak balik ke hotel untuk check-out dan balik ke Jeti Lumut.


11am -Lunch Laksa Pangkor

           Desc : So after kami check-out hotel, kami singgah dulu makan Laksa Pangkor atau dikenali sebagai Laksa Mee bagi orang orang Pangkor. Susah juga nak cari kedai melayu yang ada jual Laksa Pangkor ni. Finally kami jumpa 1 kedai makan bersebelahan dengan Court Futsal Teluk Gedung. Kami order Laksa Pangkor x2 mangkuk, air kosong dan sirap ais dengan harga total RM6 sahaja! Murah gila kan??Sedap pulak tu! 



Laksa Pangkoq. Kuah dia jernih. SEDAP!

11.30am -Naik jeti balik ke Lumut.

               Desc : Lepas dah lunch sedap tadi, kami pulangkan motor sewa dekat Jeti Pangkor tu dan terus beratur nak naik bot untuk balik ke Jeti Lumut. Bot bergerak lebih kurang jam 11.45am dan around pkul 12.15pm mcm tu kami dah sampai di Jeti Lumut dan terus balik ke Cheras pada waktu itu juga. 


TIPS ke PULAU PANGKOR

1. Sewa motor! Kalau anda berdua jela. Sebab senang nak berjalan and explore kemana mana drpd anda sewa van pink tu. And bargain sampai anda dapat harga termurah iaitu RM30 or less.

2. Berhati hati setiap kali nak pilih kedai makan terutama bila nak makan untuk breakfast, lunch or dinner. Sebab kedai makan dekat sini boleh tahan mahalnya. Ada yang murah but kena rajin mencari dan bertanya harga.

3. Masa nak snorkelling dekat Pulau Giam tu, please pleasee and please pakai kasut getah untuk elakkan kaki anda luka luka terkena batu karang dekat situ. Aku tak pakai kasut so dapat la "souvenir" berbentuk luka-luka dan kesakitan luka sebab tergesel dan terpijak batu karang yang tajam gila dekat Pulau Giam tu.

4. Bawa beg kalis air untuk letak barang2 semasa anda snorkelling.'

5. Bawa sunblock untuk elak hitam!hehehe

6. Dekat sini kalau kau nak beli pakej ke sewa ke or apa-apa urusan yang melibatkan duit, please runding harga and tawar menawar sampai dapat harg minimum. Sebab diorg memang akan offer harga yang mahal gila mula-mula tu.

7. Cari hotel2 yang berdekatan dengan Pantai Teluk Nipah. Sebab dekat situ semua yang kau nak dan perlukan ada. Sampai malam pun kedai2 makan, kedai2 souvenir dekat situ masih buka, and jarak pun tak jauh, boleh jalan kaki je.

So conclusionnya, aku and husband sangat2 puas hati dengan trip kali ni. Kami manfaat kan masa sepenuhnya dan 2 hari 1 malam ni pun dah cukup untuk explore 1 Pulau Pangkor ni. Sepanjang berada dekat sini pun kami relax2 tak ada pun nak rushing2 ke apa. Inshaa Allah will come again soon! So ni aku share sikit "homework" untuk budget yang aku buat untuk trip kali ni OK? Moga bermanfaat bagi yang membaca. If ada apa-apa nak bertanya boleh je drop komen dekat bawah and Inshaa Allah I will reply it as soon as possible :*


Day 1 ( 12.08.2017)
  No.
Activity
Budget
Notes/Tips from Blogger
   1.
Medan Tempat Letak Kereta Bertingkat


RM25
Rm16.80
   2.
Depart from Jeti Lumut to Pangkor Island
Price per ticket : RM10 return per person

RM20
RM14 per person.
Total : RM28
   3.
Sewa Motor
Harga untuk 1 hari dlm lingkungan RM35
Minyak around RM5

Sewa : RM35
Minyak : RM5
-Dapat harga RM30 per day
-Minyak motor : RM3
   4.
Hotel bookings Pangkor Palm Beach Resort
Harga 1 malam : RM134


RM134
-Bayar total RM123 shj.
    5.
Snorkelling & Island Hopping
-Snorkelling di Pulau Giam
RM20/person

S&IH : RM40
Paid RM40 for both
    6.
Pusing2 pantai Pulau Pangkor
-Pantai Teluk Nipah
-Pantai Pasir Bogak
-Coral Bay
-Teluk Cempedak
-
-Kilang Satay Eng Seng. Beli Jeruk Mangga n Satay kering :RM5
    7.
Makan2
Breakfast : Tapau/Roti Telur/Shake
Snacking : Tapau (Almond 10 biji)
Lunch : Kedai
Snacking : Tapau ( Almond 10 biji)
Dinner : Steambot/Seafood at Teluk Nipah Beach
Dinner : RM70
(anggaran)
1)Breakfast (roti bakar 3 set,milo ais,nes o panas) :RM9.80
2)Lunch(Ayam Penyetx2, ais kosongx2) : RM13
3)Minum petang(lempeng pisangx2, pulut panggangx2, kerang X2 mangkuk), sirap laici x1:RM16.10
3)Dinner(Gerai No.7) :RM60
   Total Day 1

RM329
 RM344.70


Day 2 ( 13.08.2017)
  No.
Activity
Budget
Notes/Tips from Blogger
    1.
Melawat ke tempat-tempat bersejarah:
-Kota Belanda, Teluk Gedung /
-Batu Bersurat, Teluk Gedung /
-Perkuburan Belanda, Sungai Pinang
-Fu Ling Gong Temple/Taman Fu Lin Kung /
-Masjid Terapung /
-
-Pusing2 naik motor jee.
    2.
Makan2
Breakfast : Roti+Jem/Shake
Lunch : Laksa Pangkor/Restoren RR Corner

Lunch : RM20
1)Breakfast (Nasi Lemakx1,Roti Bakar x2 set,Milo Ais,Nes O) : RM 12.00
2)Lunch (Laksa Pangkorx2, Sirap Ais, Ais Kosong) :RM6
    3.
Check-out hotel dan balik


   Total Day 2
RM20
Rm18

Budget Day 1 : RM329                                         Actual Budget Day 1: RM344.70
Budget Day 2 : RM20                                           Actual Budget Day 2 : RM18.00
Minyak Kereta:RM100                                          Minyak kereta(return) : RM80.00
Grand Total : RM449 for 2 person.                   Actual Budget    : RM442.70

 Yeayyyyyy!!!!!! Overall under budget!!! XD Inshaa Allah kita ketemu lagi dalam trip yang lain pula ya!

Byee!!!!!




Comments

  1. Adik, TQ for sharing. Nak tanya skit -kalau tak pakai kasut getah ada tempat air yg lebih dalam utk snorkel? Lagi satu, ingat nak bawa mak yg jalan tak begitu baik (pesakit stroke) untuk duduk kat pantai masa saya snorkel, sesuai ke? Ingat nak bagi mak tengok ikan dan laut sikit.. TQVM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis.utk tmpt snorkelling mmg ada tmpt yg lebih dalam. but suggestion saya pakai je kasut tu sbb masa dkt tmpt cetek tu lg batu karang banyak dah. sy suggest kan beli dkt sports direct kasut tu sepasang RM15. and kalau nak bawa mak dduk tepi pantai saya rasa okay ja..cadangan saya sis bawa mak dkt area pantai teluk nipah atau pantai senangin..dkt situ ada banyak hammock jadinya mak sis boleh relax2 dekat situ :)

      Delete
  2. Assalamualaikum Puan, tq for sharing this. Nak tanya la, masa snorkeling, dorg ade bg peralatan ke? dan kasut getah disediakan tak? sebab saya ada bce blog lain, ada yg disediakan.

    Lepastu nk tnye pendapat, klu saya nk pegi sne utk 3h2m, utk 4 beranak, saya nak sewa 2 motor, hari apa yang ptot saya start sewa? perlu dari hari pertama, hingga hari ketiga, atau amek hari pertama sahaj. sebab hari kedua saya plan nk buat aktiviti air sahaja. hari ketiga dah nak blik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam wbt Ewen, yes mada aktiviti snorkelling tu dia ada sediakan peralatan sekali. But kasut getah tidak disediakan. You kena beli and bawa sendiri nnti..

      Untuk sewa motor, sy cadangkan sewa utk hari pertama shj sudah memadai. tapi nti u kena cri transport utk ke jeti lepas check-out drpd hotel. Mungkin boleh bertanya pada pihak hotel kut2 dia ada sedia kan pengangkutan drpd hotel ke jeti. :)

      Delete
  3. lovely yet very detailed itinerary! thank you so much dear it helps! <3

    ReplyDelete
  4. wah..bestnye.....so 2hri 1 mlm dah ckup la erk....? thanks sis sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sis 2 hari pun dh ckup utk cover 1 pulau. :)

      Delete
  5. Assalamualaikum..

    Nice ni.. Thanks for sharing... Btw nak tanya.. kalau nk pergi pulau pangkor and nak bawa kamera semua tu.. Masa snorkeling ade disediakan locker ke tak.? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. nice question. saya pun nk tnya soalan sama. harap admin respon

      Delete
    2. Hi..masa snorkeling diorg tak ada sediakan locker. Kena bawa waterproof bag sendiri untuk simpan brg2 sendiri. dekat sana pun banyak jual bag tu..

      Delete
  6. Wah! Bagus nya blog ini, dgn bajet yg teliti. Nk tumpang tanya berkenaan dgn motosikal sewa. Boleh muat 3 org (2 dewasa 1 kanak umur 3)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi thank you for your compliment. Inshaa Allah muat kalau kanak-kanak umur 3 tahun tu. But jgn lupa untuk minta extra helmet for kids too! :)

      Delete
  7. Hai, boleh tahu fb awak? Nak follow 😊

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum sis..saya nak tanya..pangkor palm bay and pangkor palm beach tu resort yang sama ke?

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum sis.. tertarik melihat blog sis nii smasa sdg google.. hehe.. sy bru cdg2 nk ke pgkor bile ade cuti pnjg.. beza sy g sorg diri.. huhu.. first time nk g sne oo, wlupon mmg dok ipoh je.. haha.. btw sis, ksut getah yg sis mksud sis yg mcm mne ya? sy tgk aqua shoes tu mahai skit rege nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam wbt. hi dear sorry reply
      lambat. I beli dekat sports direct dkt sunway velocity kasut getah.

      Delete
  10. hye sis...boleh tak saya nak minta izin utk share trip sis kt page kami? nanti sis boleh la like page kami di https://www.facebook.com/Cakna-Travel-Tours-SdnBhd-138448400184805/?ref=settings

    ReplyDelete
  11. Salam . Sis . Nak tanya . Sewa motor tu kena ada lesen ya .

    ReplyDelete
  12. wow nicely written travel details...thx

    ReplyDelete
  13. sis nak tanya macam mn nak gie tempat hotel dr jetty pangkor? ada teksi ataupun grab tak sana?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum, kalau nak sewa motor dekat situ dorang nak tgok lesen motor x?

    ReplyDelete
  15. salam puan, saya mempunyai 2 org anak yg sudah besar,jika saya hendak menyewa kereta bagaimana harganya...adakah mahal @ murah..berapa murah yang kita boleh tawar untuk 1 hari

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Tukar Tiket Flight MAS & Air Asia

Trip ke Krabi, Thailand dengan bajet RM738 tanpa berjimat & last minute.