Trip ke Singapore dengan hanya RM200!

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera.

Hi uolls! So for the last 22.06.2018 till 24.06.2018 Ive been to JB and Singapore (Day Trip). Budget keseluruhan adalah RM295.85 per person! haa tu pun termasuk la beli benda bukan2 haha. Kalau tak memang boleh jimat lagi around RM100. Serious.

Ok sebelum start, first of all saya akn cerita dulu perjalanan saya disana. Untuk budget or details tempat boleh rujuk itinerary yg saya buat dibawah sekali ya.

Day 1, Jumaat (22.06.2018)

Jam 10.30pm saya bergerak ke Terminal Bersepadu Selatan sebabnya tiket saya ke Woodlands, Singapore pada jam 11.59pm. Yes saya beli straight masuk ke Singapore sebab malas nk ambil transit bus. So saya igtkan perjalanan mengambil masa around 5-6 jam. Rupa-rupanyaaa...

Day 2, Sabtu (23.06.2018)

Haaa pkul 4.30am dah sampai border Singapore kau! Sebab bas gerak around 12.15am sebenarnya. haha gila awal sampai Singapore. And btw, bas tak berhenti dekat Woodlands okeyyyy, bas stop dekat Beach Road, which is lagi dekat dengan tempat2 yang saya nak pergi. So ok la. Tapi time tu agak pishang sebab awal sangat sampai. Sampai2 pulak internet data roaming tak boleh pakai. Adess. So saya pun jalan depan sikit sampai jumpa food court cina dekat situ then cari toilet and breakfast tapau sekali dekat food court tu. Oh saya tapau breakfast dari rumah. Nak tau saya makan apa? nanti boleh scroll dekat itinerary dekat bawah. haha. Masa tengah makan tu konon konon cari wifi. Ngam! ada pulak SG Free Wifi. Laju yakmat! So saya tanpa berlengah masa, search segala cara nak ke tempat dituju. Asalnya nk beli Tourist Pass for 1 day berharga 10 SGD. Tourist pass ni korang boleh guna untuk naik public transport sepanjang berada di SG (LRT,MRT & Bus) unlimited berapa kali u nak naik. But luckily sy tak beli sebab bila kira2 sy guna tak sampai 10SGD pun sebab tempat semuanya dekat2 boleh jalan kaki je. Tapi kena rajin berjalan la. Kata nak jimat kan?

So my first destination di Raffles Landing Site Jetty  sebab ketika itu jam baru pukul 7am and kebanyakan attraction places bukak pkul 8am atau 10am. So sy jalan jalan dekat Raffles place tu. Dari Lavender station berhenti di Raffles Station tiket berharga 1.50 SGD/person. Kad kertas tu simpan oke sebab boleh guna banyak kali.
So sy jalan2 sekitar Raffles tu, then sy ke Cavenagh Bridge, jambatan ala ala London Bridge. Then ke Asian Civilisation Museum, tapi tak dapat nak masuk pun sebab tutup lagi haha. Then bersebelahan ACM tu ada Victoria Theatre, ok depan Victoria Theatre ni korang wajib amik gambar ok! Nice gila view dia. Then sy lepak depan tu jap,..then ke Merlion Park.



 Hah! satu tips iolss nak share, kalau nak ambik gambar dekat air pancut singa tu, helok la kalau you guys pergi awal, sebab tak ada orang. Sy kira bertuntung gila sebab mai awal sebab org sikit time tu, 15 minit kemudian ya allahhhhhhh penuh mak aihh dekat situ dgn tourist semua. So kalau boleh you guys dtg la sebelum jam 8.30am dekat Merlion tu. Then dah puas selfie dekat singa tu, sy berjalan lalalala melalui Jubilee Bridge ke Esplanade Theatre . Ok fyi, Esplanade Theatre ni design dia diilham kan daripada buah durian! Tapi nmpk mcm nice gila. Depan Esplanade tu pun you guys boleh dduk lepak2 dating2 bawah pokok di sajikan bersama pemandangan Marina Bay Sands, Art Gallery & Merlion bersama insan tercinta. Echewah haha. Ada la sy lepak dekat situ dalam 1 jam mcm tu. Then sy gerak ke Marina Bay Sands, antara hotel yang termewah di dunia. Atas tu hotel, bawah tu shopping mall. Dalam tu butik2 branded semua ada dalam tu, you sebut je jenama mewah apa semua ada dlm tu, Hermes, Dior, LV, Bvlgari, Versace semua ada kak!

Marina Bay Sands The Shoppes

Next! Saya ke Gardens by The Bay, jalan kaki sajer sebelah Marina Bay Sands. Dekat Gardens by The Bay ni saya masuk The Cloud Forest. Entrance fee 16 SGD/person untuk 1 tempat. Untuk 2 tempat iolls tak ingat. haha.

 Then jalan-jalan dalam The Cloud Forest tu best!!!sejukkk~ memang lepak lama gila la dalam tu sebab sejuk & banyak port cantik-cantik nak ambik gambar.


 Then saya ke Arab Street untuk lunch di Zam Zam Restaurant. Perghh murtabak rusa dia padu beb! 10SGD sepinggan tapi boleh makan untuk 2 org sebab besar. Sesudah mengisi perut yang kosong, saya ke Sultan Mosque, betul-betul depan restaurant tu untuk solat Zohor & Asar secara jamak & qasar.




Total makan kami berdua.

Sultan Mosque

Penduduk Singapore yg setia & peramah. Pakcik Hussin kami jumpa di Masjid Sultan.


Then saya ke Bugis Street untuk beli souvenir sikit untuk officemate sekalian. Hah beli juga tau eventhough pi Singapore je.haha..



Next saya ke Gardens by The Bay untuk naik OCBC Skywalk and tunggu The Garden Rhapsody show yg akan bermula jam 7.15pm. Show ni ada waktu2 dia, jadinya rajinkan diri anda untuk google showtime nya ok. Memang tak rugi tengok! Best sangat-sangat rasa macam nak menangis pun ada time tengok tu.

OCBC Skywalk. Gayat wo.

Habis je The Garden Rhapsody Show tu saya terus ke Marina Bay Sands untuk tengok The Spectra Water Show pulak. And yes, setiap show dkt singapore ni memang tak pernah mengecewakan. Mesti lain drpd yg lain and best gila. Mula-mula ingat spectra water show ni macam air pancut dekat KLCC tu je sekali perghhh gempak gila! haha.



Habis je The Spectra Water Show tu saya terus gerak balik ke JB untuk check-in hotel. Amik bas tingtong 170 drpd Queen Street then last sekali akan stop di Larkin. Hotelya pun dekat sebelah Larkin Sentral tu je. Sampai je Larkin kami terus check-in hotel and beli nasi ayam penyet dekat bawah hotel tu.

Tambang bas dari Queen Street ke Larkin 2.50SGD/person.


Day 3, Ahad (24.06.2018)

Jam 7.30am saya dah check-out hotel, breakfast dekat sebelah hotel Ghazrin tu then terus naik bas balik KL pada jam 8.30am. Around 12.30pm kami selamat tiba di TBS.


SO itulah trip keseluruhan saya ke Singapore. Tips tak ada apa sangat sebab SG lebih kurang sama je macam Malaysia. Cuma dinasihatkan kalau korang yg nak buat trip budget2 eloklah bawak bekalan makanan sendiri for breakfast or lunch. Kalau bajet lebih, beli je makanan dekat SG tapi memang mahal la haha. So dibawah ni adalah itinerary & budget keseluruhan kalau you guys nak buat rujukan :



RM591.70 adalah actual budget untuk 2 orang. Kalau actual budget untuk 1 org dalam RM300. Haaa itu pun iols siap beli air starbucks dekat RM30 and Tumblr RM60+, kalau you guys tak beli, sorang bajet dalam RM200 sajer wakk. Jadinya, berbelanjalah dengan bijak. haha

If ada apa-apa persoalan, leave it on the comment section below okay Inshaa Allah I'll reply it a.s.a.p.

Thank you for reading!!

Comments

  1. Assalam,perlu beli tiket balik ke malaysia siap2 ke if naik bas?tq

    ReplyDelete
  2. Makan kat sana memang mahal2 ke wakk ? Bajet untuk makan saja brp ? Sb sy plan nak pergi day trip

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya share sdikit info sahaja.. kalau makan bgantung mkn apa & di mana, jika warung/setakat di food court, semangkuk ada la yg SGD5 (atau rm15) gitu lebih kurang..
      .
      TQ. JESS - LOVE TRAVEL (Agent SG JB) WHATSAPP +6012-7760219

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Hi, nak tanya. time keluar dari singapore tu amik masa yang lama tak untuk lepas imigresen singapore untuk ke stesen bas larkin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkongsian, imigresen nk tengok awk pegi hari apa & pukul berapa.. weekdays time bz adalah time orang pegi keje & balik keje office hour..sbb rmai tinggal johor keje Sg. Klau weekend pula biasala klau tengahari sampai malam high traffic.. xtentu itu kebiasaan. Kdg 1.5 jam nak lepas imigresen. Ada juga klau xbz, 45 minute dah lepas. Apa2 pun saya slalu budget kan time 2 jam (nak masuk SG) atau 2 jam (nak keluar SG ke JB)...jangka masa selamat & x kelam kabut..
      .
      TQ. JESS - LOVE TRAVEL (Agent SG JB) WHATSAPP +6012-7760219

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎Backpacker Trip Jelajah SG serendah ⭐RM90-RM60 (est.) sahaja...

    Juga ada promosi; 🔥PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-more than 30 TYPE) All at %Discount Price!

    Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219

    *Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, sis dari gardens by the bay ke arab street tu jalan kaki ke? Or naik transport?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh.. perlu naik transpot.. jika bminat promo tbaru ☺👇
      .
      💢👒 PROMO SINGAPORE HOLIDAY!! ☺💢
      .
      Jom book pakej murah-murah dgn sis:
      🌐USS (Universal Studios Singapore), harga Lebih Murah dari⭐RM259 ya (PM untuk harga EXTRA DISKAUN) = pakej dengan bus dari JB 2 Ways Transfer tau. Tiket Sahaja pun ada - PM.
      .
      "SingaporeTour" Trip Bajet dari JB SENTRAL:
      dari🔥RM97 seorang sahaja (if 3pax) Kalau ramai murah lagi..Tix lain-lain pun available. PRIVATE TRIP via ALZA & STAREX available. Dah sampai Johor? Jom lah kita masuk Singapore sekali. 😊
      .
      PM JESS di 🔸012-7760219
      Love Travel --> www.facebook.com/lovetravel86
      .
      🍉www.wasap.my/60127760219/sgtour (JESS)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Tukar Tiket Flight MAS & Air Asia

Trip ke Krabi, Thailand dengan bajet RM738 tanpa berjimat & last minute.

Trip to Pulau Pangkor/Pangkor Island