Pengalaman Tukar Tiket Flight MAS & Air Asia
Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera..
Hai guys..lama nau tak update entry hah.Almaklumla keadaan agak sibuk sikit.Ok nak diceritakan entry kali ini adalah pengalaman aku tukar flight MAS dan Air Asia.
First,aku nak share pengalaman tukar date ticket flight MAS.Ok yang ni bukan tiket aku actually.Tapi disebabkan aku belikan tiket flight ni pakai akaun Enrich Miles aku,so terpaksalah aku bertanggungjawab (dan disebabkan aku yang salah beli date).Aku organize trip ke Sarawak untuk officemate.Pada asalnya nak pergi 2 family je,alih2 semua nak ikut.haa sukahati la nak..
Alkisahnya..aku tersalah beli tiket flight anak makcik office aku ni.Aku beli tiket tu on Jan 2016,nak fly on 28 Oct.Awal gila kan beli?kikiki..so aku pun watlek watpeace je tak tukar kan lagi..aku minta tolong bantuan uncle Google untuk dapatkan step2 nak tukar ticket flight serta bayaran yang dikenakan..Ada blog yang aku jumpa depa kena sampai RM500 lebih nak tukar date..but aku tukar 2 months before flying and luckily..our flight time has been re-scheduled!so kami dapat tukar flight secara FREE.
Mula2 nak tukar tu,aku call MAS untuk tanya charge bagai..mula2 aku cakap aku tersalah beli masa ticket and nak tukar flight..then dia kata aku dikenakan charge sebanyak RM106.00 (inc GST) as a penalty.and I was like..ermn ok saya akan call semula untuk buat confirmation.Then second call,aku acah2 cakap saya nak tukar flight sebab flight aku di re-scheduled and aku dapat tukar secara FREE!hahaha kelakar kan?aku pun tak faham sebenarnya MAS ni mcm mana polisi penukaran tiket penerbangan dia.kejap kena bayar,kejap tak kena bayar..but alhamdulillah rezeki aku masa tu dapat la tukar flight free. So pengajarannya disini,kalau masa kau call tu dia kata flight kau re-scheduled,jangan terus tukar sebab confirm kau akan kena bayar,cakap je kejap lagi saya call balik.And masa call diorang semula tu jangan cakap kau tersalah beli!Tiru ayat aku yang mcm aku cakap kat diorang tu.hehehe
Oh btw,kalau kau nak tukar flight MAS,kau tak boleh tukar secara online je ok,kena call diorang.
Second,aku nak share pengalaman tukar flight Air Asia.
Kes ni pulak aku nak tukar tiket flight Air Asia sebab aku nak daftar diri di UTM Skudai,Ingatkan registration date on 27.08.2016,But bila tengok surat tawaran tu,registration date adalah pada 03.09.2016.haih laaa makcik,masa tu memang dah book flight dah pun..
Tapi Air Asia ni kalau nak tukar flight sangat2 senang sebab kita boleh pakai online jee..
Step :
1.Buka Apps Air Asia (dalam phone or web Air Asia ,kalau pakai laptop/pc)
2.Log in akaun Big Shot anda
3.Click "Manage My Booking"
4.Click pada flight yang anda nak tukar
5.Click pada date yang nak ditukar.
6.Buat pembayaran berdasarkan jumlah yang tertera
and taraaaa dah settle.
Senang kan?tapi Air Asia biasanya kalau nak tukar flight,harga dia lebih mahal daripada kau beli tiket return yang baru.hahaha and yeah aku malas nak amik tahu kenapa sebab confirm nanti sakit hati.
So guys.harapnye post ni dapat membantu korang yang maybe tersalah beli ticket flight.
Next time nak beli ticket flight tu make sure date and time korang betul.Kalau tak,jadi la macam nasib aku.huhu
salam .nak tanya. dia x de soal apa apa ke bila u ckp flight u rescheduled ? or mmg flight u rescheduled ?
ReplyDeleteMasa tu memang flight rescheduled dear.
DeleteAssalam, nak cakap camna kat org mas tu utk tukar date flight free ?
ReplyDeleteNak ckap flight rescheduled ke ? Klau tak de pape ?
Mohon respon cpat ye ..sbb nk tular dlm mggu ni jgk.. TQ
Waalaikumusalam wbt sis Fatin.Masa call tu tnya dlu ada apa2 perubahan tak dkt current flight awk yg awk dh beli tu..kalau dia kata ada perubahan mcm rescheduled ke apa,awk terus ckp nk tukar date/time.kalau ada perubahan bmaksud itu rezeki awk utk tukar flight secara percuma..kalau current flight awk yg awk dh book tu xde perubahan,means bukan rezeki awk nk tukar secara percuma. :(
ReplyDeleteAssalammualaikum . Saya nak tnya , masa awk kol tnya ada apa2 prubahan ke x tu masa dah dekat dgn tarikh atau lama lg ya ?
DeleteMasa tu tak silap saya sebulan sebelum tarikh penerbangan saya call ;)
Deletesya ada kawan nak tukar tiket flight date & nama, boleh ke ?
ReplyDeleteKalau date tu boleh.Kalau nama tu pasti boleh ke tak sebab tak pernah try lagi.hehe
DeleteBoleh tukar nama. Tapi kn penalti dalam rm2++
DeleteOh yekee..thank you for sharing! :D
Deletenak tya.say tersalah beli tiket flight airasia.sepatutnye flight 14.3 tp sy terbeli 14.2.sy tgh kt web klu tukar flight kene byr fee 79.10.dhla sy bli 3 tiket, pegi blk lak tu.mcmn yer???
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt En.Farhan..kalau air asia agak sukar nak kautim sikit.Sebab dia memang strict kalau bab penukaran tiket.Kalau harga nya tertera RM79.10 untuk 1 tiket,means encik kena bayar amount tu jugak..huhu
DeleteSis.kalau tukar waktu perjalanan cmner plak?? Dari 2.45 ke 5.45? Agak2 berapa penalti ea?
ReplyDeleteKalau masa tak silap saya sama juga kena penalti. Unless kalau flight tu re-schedule,baru kita boleh dpt tukar secara free. :)
Deletesaya alami masalah seperti diatas..iaitu hendak tukar tarikh flight.. tapi macam mana saya cek dalam manage my booking xada tiket yg sy booking..
ReplyDeleteboleh sy tahu no. contact airasia..FYI..sy beli tiket ni utk org lain jadi dia nak tukar tarikh dan semasa sy booking tiket sy xada akaun bigshot..sekarang baru sya buat..minta tolong selesaikan masalah saya
En.Shahadi, maaf atas kelewatan reply komen encik.Encik boleh cuba call customer service Air Asia ditalian 1600-85-8888. Mungkin mereka boleh bantu encik untuk trace booking number. ;)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKalau nak tukar tarikh tiket mas tp ni tiket waran kerjaan , kena penalti jgk ke ye ? Sbb sy x beli tiket tu tp dpt free
ReplyDeleteKalau tukar masa, kene bayar ke?
ReplyDeleteAA pun jika ada time reshedule..kita dibenarkan juga tukar flight percuma..
ReplyDeleteNK tnya if nak tukar ticket kepda open ticket?
ReplyDeleteassalam tuan/ sis , ada yg blh bantu saya , dah beli ticket tarikh 24hb disember 2019 naik MAS, ticket dari jakarta ke kl , sekarang ada di jakarta, jadi nk balik awal pada 3 hb disember 2019 ni, saya ada hal urgent, jadi
ReplyDeletenk macamana saya tukar tarikh book tu 24/12/19 ke tarikh 03/12/19, ada yg blh bantu