Trip ke Kuching, Sarawak

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera.

Hello everyone!Hehe semalam baru balik dari Kuching,Sarawak.So harini ada semangat sikit nak share.So trip ke Kuching,Sarawak ni was actually an Office Trip and aku lead untuk trip ni. Alhamdulillah everything went well eventhough "pemandu pelancong" agak err no komen. hahahahaha takpelah takyah cerita,yang penting semua happy dekat sana. So now nak cerita apa yang kami buat sepanjang berada dekat sana.

Sebelum tu,trip kami ni seramai 24 orang (23 Dewasa,1 Kanak2), and kami naik MAS untuk ke KUL-KCH-KUL. Tiket kami beli harga around RM400, but ada yang dapat serendah RM270 je untuk return.Ya kami tak beli tiket 24 person at the same time (sebab masa tu ada yang nak ikut,ada yang tgh fikir lagi).

Untuk pengangkutan sepanjang kami berada di Kuching,Sarawak,aku sewa van melalui Roanna Transportation. Harga dia dah kira murah juga la based on survey yang aku buat. So aku sewa 2 van Toyota Hi Ace untuk 3 hari, harga 1 van untuk 1 hari adalah RM220 je and seriously condition van dia sangat2 tiptop!Van sangat2 bersih & selesa habis. Besides, dia akan hantar Van di Kuching Airport and pulangkan van juga dia akan ambil van di airport, so sangat2 mudah and very RECCOMMENDED!



Untuk penginapan, aku booking  9 bilik (5 Triple Room,4 Double Room) untuk 3 hari 2 malam with the price of RM1,604 (include GST) at that time. Sangat2 berbaloi. Room condition super selesa, cuma yang dapat bilik tingkat 4 tu diorang ada masalah "tiada air" pada waktu pagi. Mungkin masa tu ramai yang guna air. And ada bilik yang TV tak ada suara. hahahah sabar jela nakk. Yang penting, katil and bilik selesa untuk tidur & berehat. But unluckily, masa kami datang tu diorang tengah renovate lif, so terpaksa la menapak naik tangga untuk ke bilik. Majority kami dapat bilik tingkat 1 & 2.

Bilik yang super selesa.Reccommended by TripAdvisor

Inilah hotel kami menginap, Fata Garden Hotel




28.10.2016 (Day 1)

7.00am kami dah berkumpul di KLIA.

Acah2 je pergi dekat International Departure.hahaha
Kami pergi sarapan dulu siap2 apa semua then check-in luggage.Ticket check-in tu aku dah buat siap2 untuk semua orang 2 hari sebelum berlepas. Nak dijadikan cerita, aku ni dah lama tak naik domestic flight dekat KLIA,sebab selalu naik domestic flight ni dekat KLIA2..so aku ingatkan proses International Flight dengan domestic punya cara check-in luggage tu sama,..yang aku dengan husband ni pun asyik la dok tunggu tengok screen diorang bagi row mana untuk check-in luggage bagi flight kami. 45 minit lagi nak berlepas, takde lagi keluar Row number untuk check-in lugggage, so husband pun terus tanya dekat kaunter, rupa-rupanya untuk check-in luggage domestic flight dah lama buka and we are late to check-in luggage.ah sudah! Nasib baik hakak kaunter tu baik hati, dia tolong kami chech-in kan luggage without berator panjang2, kalau tak confirm terlepas flight.Then kami proceed ke gate A2 untuk boarding. Alhamdulillah kami berlepas pada jam 9.45am dan tiba di Kuching Airport lebih kurang jam 11.30pm.

Tiba je di Airport Kuching, kami pickup van dan terus ke hotel untuk Check-in, solat and self-refreshment.

Jam 2.30pm kami bergerak ke Logistics Operation TM Kuching untuk buat lawatan dan berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan TM di sana.

Bersama rakan-rakan TM LO Kuching

Around 5.00pm kami jalan2 sekitar bandar Kuching seperti Kuching Orchid Garden then lunch di Kopi O Coner,Kuching. Restoren ni makanan sangat2 sedap ok!Teh C Special 3 layer dia memang terbaik!

Mee Kolok is a MUST bila datang Kuching
Then kami balik hotel semula untuk solat,rehat,mandi2 dan sebagainya. Jam 8.30pm kami bergerak ke Kuching Waterfront.

Ais Krim Gula Apong sedap wehhhh!

Around 10.30pm kami balik hotel.Then apa lagi,tido laaa!!hahahahahha

29.10.2016 (Day 2)

7.00am kami dah berkumpul di lobi hotel untuk ke Pasar Serikin. Kami ada masalah sikit time ni so around 7.45am juga baru kami gerak.But before that kami pergi breakfast di Teh Tarik Kafeteria. And I was like,ya Allah banyak nye makanan dekat Kuching ni yang sedap2! Aku breakfast Teh Tarik with Mee Kampua. Bagi aku Mee Kampua ni lagi sedap dari Mee Kolok.hahahah

Sekarang dah jadi makanan favourite aku dah,

ohh by the way,Pasar Serikin ni best time dia pergi jam 7.00am..I mean kena sampai sana dalam pukul 7.00am sebab diorang kata masa tu tengah tak panas lagi.And yeah kami sampai di Pasar Serikin tu pukul 10.30 am and panas dia memang tak boleh bincang lagi dah weii panas dia boleh bawak gaduh. Dari bandar Kuching ke Pasar Serikin ni mengambil masa dalam 1 jam perjalanan dengan kelajuan normal.Kalau kelajuan 40km/jam mengambil masa 1 jam 30 minit.If you know what I mean.hahahahahahahahaha ok abaikan. Dekat Pasar Serikin ni aku bagi masa pada diorang untuk shopping sampai pukul 12.00pm je.Sebab banyak lagi tempat nak pergi kan.

Pasar Serikin,Bau

Pasar Serikin ni dia lebih kurang macam dekat kawasan Ayer Keroh,banyak jual kraf tangan, barang perhiasan, kain batik, tikar sarawak and so much more.But dekat sini aku cuma beli lada hitam 500gram=RM10, dan jersi anak 2 pasang RM30. Boleh tahan murah jugak laa.

Then 12.30pm kami bergerak ke Fairy Cave.





Ais Krim Goyang Gula Apong

Tak lama pun kami di Fairy Cave,just ambil gambar je dekat situ.Then kami singgah juga di Tasik Biru,Bau.

Tasik Biru,Bau

Then kami terus ke Jong's Crocolide Farm untuk tengok Crocodile Jumping Show.Dia tak adalah melompat2 sangat,dia just bagi makan je dekat buaya tu,then tengok jela buaya tu baham daging2 tergantung tu.

Feeling2 sikit,

Crocodile Jumping Show ni dia ada masa-masa dia je,tak silap aku show dia pukul 10.00am-11.00am dengan 3.00pm-4.00pm and kami sampai time tu memang ngam2 2.50pm. Tiket masuk berharga RM22 untuk dewasa dan RM11 untuk kanak-kanak.

Then jam 4.30pm kami bergerak ke Serapi Corner untuk isi perut. 
Serapi Corner

Then kami pulang ke hotel untuk solat & rehat then 8.00pm kami berkumpul semula di lobi hotel untuk pergi ke Pasar Satok untuk borong Kek Lapis Sarawak di kedai Zury Enterprise.Pemilik kedai,Puan Zue ni sebenarnya isteri kepada staff TM Kuching.

Zury Enterprise

haaa berkotak kotak kau diorang beli

Actually Pasar Satok ni pukul 5.00pm dia dah tutup dah,but special request dari kami,jadinya Puan Zue ni buka juga kedai dia untuk kami.hehehe thank you Puan Zue!Kek Lapis Sarawak dia memang mabeless kau!

Then kami pi mengeteh di Kopi O Coner sat. Yang bestnya,Kopi O Coner ni malam2 dia ada live band and nyanyi lagu2 80an 90an.


Malam tu lepas mengeteh,kami buat surprise birthday dekat En.Azizan,staff TM Cheras.hahahah betul2 terkejut dia bila kami surprise kan dia.

Mastermind

Happy Birthday Cik Zizan! #AzizanTurns55

Malam tu Cik Zizan tidur ada sinyiumm.. :D

30.10.2016 (Day 3)

So this was our last day at Borneo Island.Macam biasa, pukul 7.00 am kami dah berkumpul di lobi dan bergerak ke Teh Tarik Kafeteria untuk breakfast. Then 8.20am kami bergerak ke Semenggoh Wildlife untuk tengok Orang Utan Feeding Show. Tiket masuk RM5/person.

Laluan ke Orang Utan Feeding Show.

 Untuk Orang Utan Feeding Show ni dia ada 2 kali je dalam masa 1 hari iaitu jam 9.00am-10.00am dan 3.00pm-4.00pm.
Tapi masa kami pi tengok orang utan tu dia tak mau keluar.Malu mungkin.Oh ya lupa nak bagitahu,Orang Utan dekat sana bukan Orang Utan yang diorang tangkap,letak dalam sangkar tu ye..Orang utan dekat sana hidup bebas dalam hutan simpan diorang and akan ada 1 komander yang akan menyalak macam tarzan untuk panggil diorang suh datang makan.
Senarai nama Orang Utan 

Mungkin juga masa kami tengok tu ramai orang,so dia segan nak keluar. Then kami balik dengan rasa hampa tak dapat tengok orang utan.huhu takpelah nanti pergi jela Zoo Negara tu ye.

Then kami terus ke Kubah Ria untuk beli Ikan Terubuk Masin and barang2 yang seangkatan dengannya.Biasalah kan kalau dah bawa makcik2 ni berjalan,confirm nak beli barang2 gitu.Tambahan pula dekat Kuching tu murah2 barang2 macam tu.

Pukul 11.45am kami bergerak ke Hotel untuk packing dan check-out. 1.00pm kami Check-out,kami terus ke Muzium Kuching.


2.00pm kami bergerak terus ke Kopi O Coner untuk lunch.hahaha banyak kali datang sini untuk makan,sebab makanan dekat kedai ni sedap & tempat dia dekat dengan hotel kami.

Then 3.00pm kami bergerak terus ke Airport Kuching,return kan van dan check-in luggage untuk pulang ke KLIA


So itulah perjalanan kami sepanjang berada di Sarawak.Inshaa Allah tahun depan kita pergi trip ramai-ramai macam ni lagi.Terasa keseronokan dia bila pergi ramai-ramai dengan officemate.

Tips:
1. Kalau nak pergi Pasar Serikin, pergi pada waktu awal pagi, kalau dari bandar Kuching tu gerak pukul 6.00am cun dah. Sebab kalau pergi lambat2 panaih dia memang pedih gila. Standby topi & kipas tangan kalau agak2 dah lambat. Kalau tak bawa pun tak apa, dekat sana ada jual topi.
2. Sebelum nk bergerak ke destinasi lain tu, kalau agak2 ada rasa nak poo poo or shishi, terus pergi buang sebab dalam perjalanan susah nak jumpa pam minyak sebab kiri kanan hutan je. Tips ni kalau nk berjalan luar daripada bandar Kuching tu la.
3. Try every different food dekat sana. Jangan makan 1 benda je sebab makanan2 dekat Sarawak sedap gilos!

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada juga kekurangannya,tapi alhamdulillah semua happy :)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Tukar Tiket Flight MAS & Air Asia

Trip ke Krabi, Thailand dengan bajet RM738 tanpa berjimat & last minute.

Trip to Pulau Pangkor/Pangkor Island