Tips & Trick Light Packing?

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera.

Hi guys!so entry kali ni aku nak share serba sedikit tips & tricks light packing.Fuhh macam banyak sangat je kan pengalaman light pakcing ni padahal travel baru berapa buah negara je pun.hahaha eh tak kisah la,kalau kita nak share ilmu yang kita tahu tu tak salah kan?
So,aku cuba amalkan light packing ni since hujung tahun 2014 lagi and aku rasa last trip aku ke London bulan April 2016 baru la aku rasa aku dah berjaya sepenuh nya untuk light packing.haaa lama tau nak biasakan diri light packing!

Perempuan kalau boleh pergi bercuti/balik kampung satu almari tu nak bawa.Kita selalu dengar ayat ni kan?but why not kita ubah persepsi manusia tentang perempuan & almari ni?hahaha
Bila kita packing tu memang rasa semua benda nak bawa.kalau tak perlu pun dalam kepala otak ni mesti cakap "eh kang buatnya apa2 kang kan dah susah" betul tak?Salah satu betapa beruntungnya kalau kita pandai light packing ni :
1.Tak perlu bayar lebihan bagasi bila nak check-in mana2 airlines
2.Tak perlu bersusah payah sakit bahu bawa beg berat2 & kadang2 tak cukup tangan nak angkut barang

OK xpelah malas nak bebel panjang aku share kan serba sedikit tips light packing (boleh start training bermula anda nak balik kampung halaman)

1.Set dalam minda anda nak bawa 1 beg SAHAJA
Tak kisah la awak nak bawa luggage or backpack,tapi set kan dalam minda nak bawa 1 beg SAHAJA.Handbag?terkecuali.Biasa aku handbag tu bawa handbag yang boleh lipat then masukkan dalam backpack.

2.Gulung kan Pakaian
Teknik menyimpan pakaian dalam almari adalah tidak sama dengan teknik menyimpan pakaian dalam beg.Sebabnya beg ni ruang dia terhad.Yupp,gulung baju anda instead of lipat.PERCAYALAH!Gulung baju dapat menjimatkan lagi ruang beg berbanding dengan lipat.
Gambar Hiasan
Untuk bilangan baju juga,cuba untuk minimizekan bilangan baju.Kalau untuk percutian 3H2M tu anda boleh pakai baju tidur sehelai untuk 2 malam je(unless kalau kau nak buat fashion show masa tidur).Kalau yang nak travel ke negara 4 musim tu makesure search dulu ok tarikh yang korang nak pergi tu musim apa.Kalau perlu bawa winter coat,bawa sehelai je then bawa jeans jacket sehelai.

3.Guna Packing Cubes
Packing Cubes?Function?ok packing cube ni optional sebenarnya.Nak pakai boleh taknak pakai pun boleh.Tapi aku pakai sebab taknak beg bersepah bila kita punggah segala benda dalam tu sebab nak cari baju.Apa nak isi dalam packing cube tu?Biasanya aku akan isi pakaian2 kecil macam seluar dalam,stokin,kain dalam,handsocks dan sebagainya.So tak adalah nanti jumpa sebelah je,lagi sebelah hilang.Nak2 lagi bila cari masa tengah rushing.right?Kalau tak ada packing cube boleh gantikan dengan ziplock beg.Ziplock beg ni ada djual dekat Ikea.


Ziplock Bag.
4.Toilettries
Untuk packing toilettries aku cadangkan bawa dalam travel bottle.Means yang kecik2 tu.Kalau tak ada boleh beli dekat Daiso/Guardian/Watson/Lazada.Kalau malas nak beli,recycle je botol2 kecik macam botol Listerine tu ke kan.Aku pakai je botol Listerine tu isi shampoo,sabun badan,conditioner dll.and oh lupa!kalau nak bawa toilettries dalam handcarry luggage,semua liquid tu kena bawa 100ml ye!Toksah ler bawa botol shampoo yang besaq2 tu..And another tips for toilettries,packing semua benda ni and letak dalam ziplock bag untuk mengelakkan segala shampoo/sabun badan kau tertumpah kena baju.Yelaa bagi sesiapa yang dah biasa tengok macam mana diorang main campak2 beg kita masuk dalam kargo tu mesti dah boleh tahu kenapa.Kadang diorang pakai campak tu takut kita punya toilettries ada yang terbukak penutupnya and tumpah kat baju.Ubat gigi bawa yang size kecik je!

Bawa yang size kecik sahaja ok!
5.Tuala
TAK PERLU BAWA.Sebab biasanya hotel2 akan sediakan tuala.Kalau stay dekat backpackers hostel tu diorang pun ada sediakan khidmat sewa tuala.Biasanya sewa dalam RM5/helai macam tu ikut tempat anda menginap.Haa kan dah boleh jimat ruang beg sebab tuala tu pun besar kan.
Nak bawa jugak?ok bawa je tuala yng nipis and kecil(size tuala spt tuala rambut yang dekat saloon tu) atau pun bawa kain batik (lebih cepat kering berbanding tuala).

6.Make Up
Bawa yang perlu sahaja.Kalau nak backpacking tu aku rasa tak perlu kot nak bawa Countouring Shades,Eye Shadow pallet sebesar kertas A4 semua tu.Bawa yang basic SAHAJA.Kalau rasa tak boleh jugak takut muka tak nampak berseri la bagai,up to you.

7.Kasut
Biasa nya masa nak travel aku akan pakai sportshoes/sneakers then bawa sandal sahaja dalam beg tu.Ikut kesesuaian destinasi percutian anda.Kalau nak ke tepi2 pantai tu kau pakai jela sandal terus.Cara nak packing kasut yang effective?masukkan kasut anda dalam shower cap seperti dalam gambar:



Tak ada shower cap?boleh beli dekat daiso atau rembat di hotel2 yang anda pernah menginap.Pakai plastik pun boleh :)

8.Ubat-Ubatan
Basically kalau travel kemana-mana,Panadol & ubat cirit birit ni benda wajib yang korang kena standby.Kalau la perut kau masa tu tak boleh nak adapt dengan makanan yang kau cuba-cuba nak rasa,then kena cirit birit,kau cuba la pergi farmasi depa tengok harga ubat memang mahal woo terutama di negara2 Eropah or Australia.Lain2 tempat aku tak pasti.Ubat-ubatan tu juga sila pack dalam 1 bekas yang kecil or pakai ziplock bag untuk memudahkan pencarian ketika dalam keadaan cemas.

Aku rasa itu je kot yang terlintas dalam fikiran ni nak share.Kalau ada lagi aku share ye.Tips ni bukan je boleh guna masa korang nak pergi bercuti sahaja,boleh juga diguna pakai kalau korang nak balik kampung,Selamat mencuba and Happy Travelling!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Tukar Tiket Flight MAS & Air Asia

Trip ke Krabi, Thailand dengan bajet RM738 tanpa berjimat & last minute.

Trip to Pulau Pangkor/Pangkor Island