London,United Kingdom ( Part III)
Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera.
Hai u olls.Ok this entry aku nak cerita pasal day 6-day 8 kami berada di London City!
Day 6:
As usual,after breakfast di guesthouse kami akan keluar naik train after peak hour.So today kita ke Covent Garden dan Harrods.Covent Garden ni dia more likely macam Pasar Seni but versi british.
Tapi kalau kau nak beli souvenir baju London dekat sini murah.Tapi kalau kau nak beli keychain or fridge magnet banyak2 nasihat aku kau beli la dekat Bayswater, 12 keychain dalam 10 pound sahaja boleh campur dengan fridge magnet.
Covent Garden |
Dekat Covent Garden ni juga ada kedai2 barangan berjenama macam Dior,Fossil and many more.Ye dekat London ni kedai2 branded macam tu bersepah kat tepi2 jalan.Yang aku paling excited masa kami dekat Covent Garden salji turun sekejap.Aku ni memang nak sangat2 rasa macam mana salji tu,Alhamdulillah Allah bagi peluang dekat aku untuk merasa salji tu walaupun sekejap.
After that kami ke Malaysia Hall untuk lunch.Why always Malaysia Hall?sebab dekat sini je makanan yang murah and dijamin halal.hahaha.Then our next stop is Harrods.
Laki aku sedih.dia kata dia tak nak balik Malaysia XD |
Actually aku nak pergi Harrods ni waktu malam sebab nak tengok kemeriahan lampu Harrods ni.tapi takut tak sempat so pergi jela siang2 ni.Harrods ni pun dalam dia macam shopping mall ala2 arab and dalam dia semua jual barangan branded.Kalau nak cari Harrods souvenir ada di tingkat 4.And again,aku dah rambang mata dekat sini,so many Harrods handbag yang cantik2 and murah!ok macam menyesal jugak la kan perabih duit semua dekat Bicester semalam.
Next,kami ke Westminster sampai malam untuk teman our "tour guide" ni pergi cari kasut dia but at last dia tak beli tapi laki aku yang dapat rembat bag untuk dia bawak pergi kerja.haha
Day 7:
Good morning!haha ok today is our last second day berada di kota London.Harini kami keluar agak awal sikit sebab nak pi tengok Changing Guard Ceremony di Buckingham Palace.Ok Changing Guard Ceremony ni adalah acaraWAJIB yang korang kena tengok.
Changing Guard Ceremony |
Kami ke Bunckingham Palace melalui Green Park.Yup taman-taman kat sini semua cantik-cantik and menyamankan dan menenagkan minda anda.Walaupun kota London ni ramai orang and sibuk dengan kereta2 tapi diorang ada banyakk gila taman & semua taman diorang ni besar2 ok!Menjenuh jugak la nak menapak sebenarnya.
It's Spring |
Green Park.Dah lama sebenarnya mengidam nak duduk atas rumput yang ada bunga2 kecik ni.hihi |
The best part is,Its Spring.So kat taman tu bunga mekar mengembang,pergh ayat aku.haha ok abaikan.
Next,kami makan sat dekat Malaysia Hall then terus ke Royal Albert Hall London melalui Hyde Park.Fyi,Hyde Park ni besar gila so dia ada beberapa bahagian.
Cantik kan? |
Kita lepak tepi kolam jap bermesraan dengan Swan2 yang ada ni. |
Aku dah cakap taman kat sini memang cantik2.Tengok laki aku kemain lagi dia posing. |
Royal Albert Hall London. |
Lama juga kami lepak dekat taman tu.Menghabis kan sisa-sisa hari terakhir di London sebelum bertolak pulang ke tanah air hari esok.Rasa macam tak nak balik pun ada sebenarnya.
Next,kami ke Harrods lagi sekali untuk shopping apa yang patut kat situ.hehehe.
Then malam tu kami jalan-jalan & lepak minum kopi di Oxford Street.Oh ye kopi kat sini Starbucks adalah kategori kedai kopi yang paling murah dekat sana.So sepanjang dekat London ni memang kapi dok mengstarbucks jela sebab tu yang paling murah.hahaha kalau kat Malaysia,Starbucks antara kedai kopi yang mahal.
Oxford Street at night. |
Day 8:
Pagi2 lagi kami dah bangun untuk packing balik.So after breakfast tu kami terus bawa luggage menuju ke Heathrow Airport.But sebelum tu aku singgah ke Bayswater jap beli lagi keychain & magnet fridge.hehe pasal pagi tu kira-kira macam eh tak cukup pulak.So after that,kami terus ke Heathrow Airport Terminal 3 untuk terbang balik ke Malaysia.Bye bye London :(
Overall Budget :
Mintak maaf sangat2 pasal bajet ni memang kami tak plan langsung.Aku just boleh bagi anggaran jelah ya,kalau nak detail tu memang tak ada.maaf.So
Ticket Flight + Guesthouse + Breakfast Daily :RM8400 untuk 2 orang
Duit belanja yang kami bawa (digunakan untuk Lunch,Dinner,Kopi,Oyster Card,Sim Card,Souvenir,Shopping dan semua benda yang melibatkan duit-perbelanjaan kami di London) : RM6000+ untuk 2 orang.So total lebih kurang dalam RM15 000 untuk 2 person.
Tips :
Sebelum ke negara 4 musim ni tengok dulu masa korang akan kesana masa tu musim apa.Masa kami ke London masa tu Spring tapi matahari dia tak boleh percaya.Matahari je ada tapi sejuk gila sampai suhu boleh drop 1 deg celcius.So,prepare pakaian yang sesuai dengan musim.Pakai kasut yang sesuai.
About transport : Beli Oyster Card and elakkan naik public transport ketika peak hour sebab masa peak hour ni dia akan cas mahal gila.Peak hour :7am-9am , 5pm-6.30pm
Itu je kot rasanya,kalau ada lagi yang terkurang maafkan saya ye.Inshaa Allah will be travelling to another country this December so stay tuned.Nanti aku update lepas balik.hehehe
Thank you for Reading & Have a nice day ahead :*
Comments
Post a Comment