London,United Kingdom 2016 (Part 1)

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera.

Hi guyss..alhamdulillah 21 April lepas aku selamat jejakkan kaki ke tanah United Kingdom dan selamat balik ke tanah air pada 29 April.Sorry agak lambat nak update sebab kalau nak update entry ni kena ada mood kan.hahaha kalau tak ada mood kang taip tah pape merepek meraban je kang.Ok trip kali ni kami pi bertiga,aku,husband & seorang lagi kawan aku as a tour guide utk bawa kami jalan2 kat sana.

Ok lets start with Flight.
Actually berkenaan flight ni aku ada update review flight KUL-LHR-KUL dengan menaiki Royal Jordanian Airlines .Harga flight return dalam RM3000+ mengikut nasib anda.haha

DAY 1:
Kami tiba di Heathrow Airport Terminal 3 lebih kurang jam 5 p.m. waktu London macam tu.Setibanya di imigresen,kami satu group pi serbu kaunter tu (yes,imigresen diorang boleh pergi grouping)..masa tu agak nervous sbb based on my research,imigresen London ni agak strict sikit.Tapi tips utama bila sampai di mana2 imigresen pun just be confident & relax,don't panic.Alhamdulillah kami tak tersangkut lama pun dkt imigresen tu (maybe sebab officer tu mood tengah baik kut siap boleh main gurau2.hehe).OK lepas amik beg,kami terus amik underground train ke White City.
Oh lupa,sebelum naik train tu beli lah dulu Oyster Card ye,Oyster Card ni dia macam Touch N Go.Boleh pakai di mana-mana public transport di London (Train or Bus)

Oyster Card.Ups yg chain tu aku DIY sendiri ye jadi keychain.hehe


Muka memang dah penat habis.Nak amik gambar,senyum pun dah tak larat.
Kami stay di guesthouse betul2 depan Hammersmith Hospital.Nama blok tu Grey's House.haa bukan Fifty Shades of Grey tu ye (walaupun bangunan tu warna kelabu.kikiki)

Our home!!!

Diambil daripada balkoni rumah kami.Depan tu Hammersmith Hospital
Sampai je bilik,memang terus pengsan semua sebab dah penat sangat flight sampai 21 jam.haha..

Day 2:

Second day aku terjaga pukul 3.00 am waktu London.Haaaa kau jetlag.hahaha and maybe sebab tu dengan aku tak mandi tak tukar baju semua so sebab tu terbangun awal cause tak selesa.chewahh nak cover lettuw.OK semalam dekat airport aku ada beli pakej Big Bus Tour dengan harga 27p/person.Yesss sangat2 reccommended untuk beli Big Bus Tour ni sebab dia bawak kita pusing satu bandar London start from 8.30 a.m. untill 6.00 p.m.!Dekat sini kau dah boleh jimat hari dah sebab dah pusing satu London in one day..kalau tak puas hati boleh repeat lagi.kikiki.
So tempat attraction yang aku pergi masa guna perkhidmatan Big Bus Tour adalah The Langham,Trafalgar Square,Big Ben,Tower Of London,Buckingham Palace,The Thames Cruise dll.

The Langham
Trafalgar Square
London Bridge
Tower Of  London
Hot Chocolate adalah terapi yang paling best bila cuaca sejuk

Lunch at Tower of London.Fish & Chips 5 pound.

Ok next stop after pusing satu bandar London adalah Oxford Street a.k.a shopping heaven!

Sepanjang Oxford Street tu adalah kedai jualan barang berjenama seperti Kate Spade,Ted Baker,Zara,GAP dan banyak lagi!!Tapi kalau awak2 nak beli handbag2 berjenama,sila ke Leceister Village sebab situ lagi berganda-ganda murah.hehe.But you can buy things at PRIMARK.Yess,barang2 dia murah namatey,tshirt boleh dapat 3 pound je sehelai.Tak percaya?aku ada bukti.
ZARA jacket. 20 pound je hokeyy.
Tracksuit: 5 pound 

Add caption


Hah percaya tak bila aku kata murah?hahaha
Dekat Oxford Street ni husband aku dapat la sehelai winter coat 35 pound dekat GAP.Boleh konsider murah jugak la tu kan sebab kalau dekat Malaysia ni winter coat sampai RM400-RM600.
Then lepas puas berjalan kami bersantai-santai sambil menikmati keindahan bumi ciptaan tuhan di Hyde Park.


End of Day 2.Lets continue to Day 3-Day 5 at the next entry :)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Tukar Tiket Flight MAS & Air Asia

Trip ke Krabi, Thailand dengan bajet RM738 tanpa berjimat & last minute.

Trip to Pulau Pangkor/Pangkor Island