Pengalaman bersama Royal Jordanian

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera.

Holla!Ok it has been a week since Ive come back from UK.huhu punya pemalas nak update blog sebab sibuk nak settle kan kerja-kerja dekat office yang tergendala semasa ketiadaanku.cewah.

Ok now I wanna share my experience with Royal Jordanian(RJ).3-2 days sebelum berlepas tu aku ada juga la buat survey tentang flight RJ ni (sebab bukan aku yang booking flight,but member aku yang booking kan).Masa aku buat survey (through internet of course) ramai yang komen tak puas hati with their service samada dari segi service from flight attendance,flight condition,pilot and so on.Ok sebelum tu,kami book flight RJ ni from KUL(Kuala Lumpur) to LHR(London Heathrow) via AMM(Amman).Tempoh penerbangan pergi selama 21 jam (termasuk transit di Amman,Jordan selama 7 jam) dan penerbangan pulang selama 16 jam 50 minit (termasuk transit di Amman,Jordan selama 2 jam)

Bila baca komen2 tu aku agak risau,yela sebab its a long-haul journey kut,.buatnya service apa semua tak elok,buat sakit hati je kan.But alhamdulillah,aku dapat pengalaman yang sebaliknya daripada komen2 yang diberi.Mungkin rezeki aku,tapi seriously service diorang sangat2 bagus daripada flight aku pergi and flight aku balik ke Malaysia semula,amat memuaskan hati.



This is my flight detail :
 KUL-AMM (RJ 185) , Airbus 330
AMM-LHR (RJ 111) , Airbus 321

LHR-AMM (RJ 112) , Airbus 320
AMM-KUL (RJ 184) , Airbus 330

So lets go through one by one.

Departure & Landing Time:
Alhamdulillah 4 flight RJ berlepas (pergi & balik)mengikut waktu yang dijadualkan.Cuma masa nak landing di Heathrow airport shj flight tu berpusing dekat udara lebih kurang 20 minit.Mungkin nak tunggu turn untuk landing kot.Yela Heathrow Airport kan disenaraikan sebagai lapangan terbang yang tersibuk di dunia.Mula2 dia buat u-turn tu kecut perut juga lah takut apa2 jadi.hahahhhaa but alhamdulilllah everything went well :)



Flight Attendance Service :
Sangat2 puas hati.diorang sangat membantu dari segi semua aspek.Berdasarkan pengetahuan aku,kalau FA dkt Malaysia such as AirAsia diorang tak akan tolong angkat beg untuk letakkan dekat atas,tapi RJ diorang sangat2 membantu passenger yang tak larat nak angkat beg untuk letakkan kat ruang menyimpan beg kat atas tu.Ada satu passenger tu dukung anak,serta merta diorang pi kat akak tu tolong letakkan beg dekat atas.For me its not about what FA should or shouldnt do,its about common sense kita as a human.betul tak?ke salah?


In-Flight Meal :
Whoaa ni part yang paling best.Untuk makanan yang diberi oleh RJ ni sangat sangat best!Makanan dia sedap gilaa..and banyak!satu dulang tu full dengan roti lah,nasi lah,biskut lah,cheese and so on.Air pulak diorang serve air mineral,air manis sejuk,kopi & teh panas.Gila tak best!haha
Flight from KUL-AMM (9h 45m) kami dapat 2 meal & 2 snack
Flight from AMM-LHR(6h) kami dapat 1 meal & 1 snack.

Boleh pilih nak daging,ikan atau ayam and I choose AYAM :)


In-Flight Entertainment :
Aku rate 8/10.Banyak pilihan movie (termasuk cerita Hindustan.hehehe) tapi subtitle arab la.Untung la bagi sesiapa yang faham,yang tak faham tu buat2 jela faham kalau nak tengok cerita Hindustan ber-subtitlekan bahasa arab.Oh lupa nanti diorang akan bagi free earphone dalam setiap penerbangan,so tak perlu susah2 nak keluarkan earphone dari beg :p

Selain movie,dengar lagu or drama,kita boleh juga tgk map kalau nak tau current location kita.



Pilot :
Haaa aku nak review jugak sebab ada yang aku tengok dok complain pilot landing tak cantik la apa la.Masa aku naik RJ haritu aku rasa biasa je dia landing but what impressed me masa nak balik tu flight from LHR-AMM,pilot tu landing memang smooth gila sampai matsaleh dalam flight semua duk bertepuk tangan siap ada yang menjerit "this pilot is so good!".Alhamdulillah so far aku naik RJ pergi & balik aku rasa selamat sepanjang berada di dalam flight.


Toilet :
Clean.cuma agak berbau.Biasalah kan bila dah terbang lama ni.kita pun kena la faham.hehehe


Kemudahan :
Pillow & Blanket provided,tapi toksah la duk tunjuk perangai bukit gi rembat semua benda yang RJ dah provide kan dalam flight tu.hehehe



Ok rasa nya tu sahaja kut nak di re-view kan mengenai Royal Jordanian.Conclusion nya,memang sangat2 puas hati for my first International Flight experience and will fly again with RJ someday,Inshaa Allah :)



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Tukar Tiket Flight MAS & Air Asia

Trip ke Krabi, Thailand dengan bajet RM738 tanpa berjimat & last minute.

Trip to Pulau Pangkor/Pangkor Island