Jawa Timur,Indonesia Jan 2016 (Day 1)
Assalamualaikum wbt..
haaaa lama kan tak update blog?hehe ok kali ni nak log cerita pasal pi "short vacay" with mommy ke Jawa Timur,Indonesia.
Tujuan asal ke Jawa Timur ni actually nk amik ex-bibik dekat kg dia nak bawa balik Malaysia untuk tolong masa kenduri nanti.haha
Tujuan asal ke Jawa Timur ni actually nk amik ex-bibik dekat kg dia nak bawa balik Malaysia untuk tolong masa kenduri nanti.haha
Nak dijadikan cerita!supposedly trip ni 3 hari 2 malam but jadi 2 hari 1 malam sebab flight delay sampai 5 jam.huhu menangisss nak tunggu.OK so,lets get started!
Aku book flight dr KL-SUB ni sebenarnya a month sebelum travel date.Harga masa tu around RM450 utk return(exc luggage,insurance).Kira ok la kan kot.kot la.
And this time I'm travelling with my mommy!!weee~ and I called it as a bonding time with ibu sebab sejak dua menjak sebelum travel ni aku asyik nak bertekak je dgn ibu.HAHAHAHAHAH
So aku and ibu arrived at KLIA2 around 3pm!yess petang ok sebab masa itu ingat nak suh husband hantarkan malam2 sikit lepas dia balik kerja tapi dia ada meeting petang tu and takut habis lambat,dengan nak melayan jammed dipetang hari lagi..well tau jela kan kalau dduk area selangor ni dia punya jammed kadang2 boleh ajak gaduh.Actuall flight time masa tu still pada jam 10.00pm.Aku lagi rela tunggu kt KLIA2 tu lama2 daripada tertinggal flight hoke.so tunggu punya tunggu sampai aku and ibu sempat pusing satu KLIA2 tu and window shopping then melepak dekat tempat ruangan berehat tu(dah mcm warga Indonesia pun ada) dekat 1 jam then we decided nak makan KFC sebelum boarding.
Tengah sedap2 makan KFC tu,tetibe dapat mesej yg boleh buat gaduh.My flight delay daripada pukul 10.00pm ditunda pada pukul 3.00AM due to hujan batu yang turun dengan lebatnya dekat area KLIA & KLIA2 tu.Gila kaaauuuu..nasib kau la nak.huhu.
Alhamdulillah my flight safely landed at 5.30am waktu Malaysia and 4.30am waktu Indonesia.Masa sampai2 tu aku terkejut sebab dekat Indonesia dah terang ok mcm pkul 7.00am but its 4.30am!!And you know what,.my mom kena tahan dgn imigresen Indonesia sebab lifetime passport tak cukup 6 bulan untuk masuk ke Indonesia.well yes honey,kalau nak travel keluar Malaysia,passport mesti hidup lebih drpd 6 bulan,kalau tak haa kau tanggung sendiri.But lucky us,pihak imigresen Indonesia tu sangat2 baik hati (and ganteng.kihkih),..selepas disoal siasat dan diberi bermacam-macam alasan ikut budi bicara,Alhamdulillah diorang lepaskan ibu.So pengajarannye hakak2,tolong cek dulu passport anda from A-Z before travelling ok!Yela kalau tak kesian ibu tunggu dekat KLIA2 dekat 7 jam,lepas tu flight delay 5 jam,sampai2 je kena balik Malaysia semula,mau tak trauma.
Ok then kami dipickup oleh our bibik (and abang bibik yg menjadi supir kami selama 2 hari di Jawa Timur) dkt Juanda International Airport,Surabaya and straight to her house di Jombang.Jawa Timur,perjalanan drpd Juanda airport ke rumah bibik dalam 2 jam jugak la.Kawasan Jombang ni dia macam kawasan kampung2 area Kedah sana,banyak jelapang padi,bukit and gunung and its very scenetic ok!Hilang segala stress kerja and so on bila sampai sana.But one thing yang aku agak "rimas"adalah jalan dia,Mashaa Allah sisturr gila sempit jalan utama dia!Dengan banyak lori n motor,scary jugak la and I dont think aku boleh bawak kereta dkt situ.
Nasi Pecel for breakfast |
Ni nombor yg aku beli dkt sana and its just RM14 siap internet 1GB ok! |
But our first day tak buat apa sangat sebab badan terlampau penat tunggu flight.huhu so sampai2 je aku and ibu terus terbongkang (qada' tidurr.hehe).So kami keluar balik around 5.30pm utk jalan2 sekitar pekan Jombang.
Kawasan rumah bibik |
Then around 6.30pm kami stop untuk makan di Ringin Contong.And honestly barang2 and makanan dekat sana sangat2lah murah,kami makan 30 cucuk sate Kambing,2 soto nasi,1 ayam penyet,1 bubur apatah nama dia and air total semua just 158,000 Rupiah je!bila convert duit Malaysia its just only RM50.Dekat Malaysia memang tak dapat la makan sate kambing 30 cucuk dgn harga mcm tu.hahaha
Ayam Penyet |
Ringin Contong |
Sate Kambing dimakan bersama nasi. |
Soto Nasi |
Oh ye and nasihat aku bila korang jalan2 naik kereta tu standby kan jela 2 rupiah dalam poket sebab dekat sana banyak gila adik2 yang suka jual2 kerepek,air and so on masa kereta tengah berhenti dekat traffic light.Kalau taknak beli pun apa salahnya kan tolong diorang.2 rupiah tu berapa la sangat kan.and one more thing yg aku perasan dkt area Jawa Timur ni is diorang banyak gila amalkan amalan rasuah,tapi bukanla rasuah sampai juta2 ringgit tu,mcm more tu bagi "duit kopi".
Adik2 main gitar di tepian jalan.Ku yang dulu bukanlah yang sekarang~ |
Ok settle makan apa semua,kita balik and tidur.Oh lupa,kami bermalam di rumah bibik je,hehe boleh la berjimat cermat kan.ok kita sambung entry Day 2 pulak ye..
Comments
Post a Comment