Cara dapatkan T-Money Percuma

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera

Hi guys! So entry kali ni sy nak share macam mana nak dapatkan T-Money secara percuma! Oh sebelum tu let me explain T-Money tu untuk apa.

T-Money ni untuk digunakan di negara Korea Selatan and dia macam Touch n Go jika di Malaysia. Kalau nak naik train/bas, boleh guna T-Money ni. pssttt kalau nak beli air/barang Starbucks dkt korea pun boleh guna T-Money ni ya! but tak semua kedai yang terima pembayaran guna T-Money ni. But for me, kalau nak beli benda2 tu better la guna cash je kan.

Kebiasaanya, tourist akan beli T-Money ni setelah sampai di mana mana airport di negara Korea Selatan dengan harga 4,000won (lebih kurang RM15). 4,000won tu harga kad sahaja ya..lepas beli kad tu anda kena topup ikut keperluan masing2 berapa banyak nak topup. SO dekat sini saya nak ajar macam mana nak dapatkan kad T-Money secara PERCUMA! Boleh jimat RM15 tau! hehe.

Step 1: Buka laman web Korea Tourism Organization dan akan keluar page macam dekat bawah ni.




Step 2 : Click pada tab "Tours & Packages"

Step 3 : Register akaun KTO anda 

Step 4 : Then ikut sahaja instruction mcm dekat bawah ni


Step 5 : Bila dah dapat survey code (akan di emailkan kepada anda), print email tu, print flight itinerary & fotostat Ic dan bawa ke Korea Plaza dekat Menara Hap Seng tu.


Step 6 : Pergi Korea Plaza dekat Menara Hap Seng, masuk2 entrance lobby tu akan nampak terus Korea Plaza ni. and pergi je kat kaunter cakap nak redeem voucer & T-Money.

Then nanti receptionist tu akan mintak 3 dokumen yg saya mention tadi and diorang akan bagi booklet voucer(boleh digunakan sepanjang berapa di Korea Selatan), buku2 rujukan untuk travel ke korea (muslim friendly), map, train map and banyak lagi la! Saya dapat dlm 5-6 buku macam tu. AND SEMUANYA FREE! tak perlu bayar pun!

Buku-buku & T-Money card yang saya dapat.

Oh btw, T-Money yg diberikan secara FREE tu, dalam tu ada nilai 2,000won( lbh kurang RM8) tau! haa kan dah jimat RM23. Boleh dh beli 1 meal dengan duit tu kat korea nanti. hehe

Yang pasal voucer tu memang banyak, tak dan nak list satu2 dalam ni haha. But majority semua voucer diskaun la mcm naik AREX dpt 15% off drpd normal price and so on.

So may this post help you guys yang bakal menjelajah ke negara Korea Selatan tu. If ada soalan, feel free to drop your comment at the section below. Inshaa Allah saya akan reply a.s.a.p. hehe

Happy Travelling guys!

Comments

  1. Daftar cm tu ke?trs dpt tmoney?sya plan ke cna cr kje kne bw sijil2

    ReplyDelete
  2. salam. saya dah daftar kat web KTO tu tapi kenapa tak keluar borang survey tu ye

    ReplyDelete
  3. TQVM sis for sharing! May Allah bless u always!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Tukar Tiket Flight MAS & Air Asia

Trip ke Krabi, Thailand dengan bajet RM738 tanpa berjimat & last minute.

Trip to Pulau Pangkor/Pangkor Island